ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 April 2024.


1. Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur

SWM Environment Sdn Bhd menasihatkan orang ramai supaya menguruskan sisa bunga api dan mercun dengan lebih teratur selain tidak memasukkan bahan itu ke dalam tong sampah komunal di kawasan berhampiran masing-masing.



2. 14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan

Sebanyak 14 kediaman termasuk dua rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) musnah dalam kebakaran di Kampung Tikandis di daerah Nabawan yang terletak di pedalaman Sabah semalam.


3. PDRM nafi individu jadi sasaran ejen Israel dalam tahanan polis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara tersebut adalah sama sekali tidak benar.


4. Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah

Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pada 8.30 pagi tadi.


5. Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok

JAKIM telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.


6. Masjid Negara mohon maaf isu pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung

Pihak pengurusan Masjid Negara tampil memohon maaf berhubung video tular mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung ketika memasuki masjid berkenaan.


7. Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan

Susulan kontroversi corak seakan kalimah Allah di kasut, pengurusan syarikat penjual kasut, Vern’s pada Ahad tampil memberikan penerangan terhadap corak di kasut tersebut.


8. #MZB365: Projek SAMA cadang mekanisma pelbagai parti urus isu ketegangan kaum

Melihat seakan-akan wujud ketegangan antara kaum, rentetan isu stoking tertera kalimah Allah di KK Mart, Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA) menyeru semua pihak untuk menggunakan pendekatan balas, kedaulatan undang-undang, dan mekanisme institusi.


9. Yang di-Pertuan Agong bayar zakat RM10 juta

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat sebanyak RM10 juta bagi tahun ini.


10. PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri

Bagi musim perayaan Aidilfitri ini, dijangka angka pengguna trafik mencapai sekitar 2.1 juta pada waktu puncak iaitu peningkatan 15 peratus berbanding 1.8 juta pada hari-hari biasa.